JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PERLIS. A LIFETIME OF HEALTHY SMILE
 
  HOME
  CARTA JABATAN
  LOKASI KAMI
  PROFIL JABATAN
  PROGRAM PERGIGIAN
  PENCAPAIAN NEGERI
  HUBUNGI KAMI
  PAUTAN KLINIK
  PAUTAN JABATAN
  KESIHATAN PERGIGIAN
  GALERI JABATAN
  UNDIAN
  AKTIVITI 2008
  BUKU PELAWAT
  JKN PERLIS
  LAMAN GOOGLE
PROFIL JABATAN


PENGENALAN

Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian adalah salah satu sumbangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri bagi rakyat negeri ini. Bahagian Perkhidmatan Pergigian di bawah arahan Kementerian Kesihatan Malaysia di pertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan, pentadbiran, perancangan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian mengikut dasar yang telah ditetapkan. Misi perkhidmatan pergigian adalah untuk menyediakan perkhidmatan pergigian dengan tujuan untuk mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan mulut yang optima kepada individu, keluarga dan masyarakat melalui penggalakkan kebiasaan pergigian yang positif dan penerapan perkhidmatan pergigian yang  berkualiti serta berteknologi sesuai.

VISI PERKHIDMATAN

Untuk mencapai tahap kesihatan mulut yang setaraf dengan negara maju terutama di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja serta mengekalkannya sepanjang hayat melalui kesedaran diri dan sistem perkhidmatan pergigian yang menekankan tindakan  pencegahan dan rawatan awal.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN
 
 Menyediakan perkhidmatan pergigian yang berteraskan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesional kepada penduduk Negeri Perlis agar mereka dapat menikmati tahap kesihatan mulut yang baik dan menyedari untuk mempertahankannya sepanjang hayat.

STRATEGI PERKHIDMATAN

1.   Menyediakan Perkhidmatan Pergigian yang mudah diperolehi  dan mesra pelanggan.

2.   Mengesan awal masalah  pergigian dan menyediakan rawatan hingga sempurna.

3.   Memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran utama.

4.   Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan mulut mereka melalui galakan pencegahan, rawatan dan pemulihan.

5.   Memberi perkhidmatan secara profesional memenuhi kehendak pesakit dan berteknologi sesuai.

6.   Memastikan sokongan dan penglibatan pihak pengurusan yang berterusan.

7.   Mengadakan pendidikan pergigian berterusan dan kursus-kursus yang berkaitan kepada anggota pergigian.

 
   
Today, there have been 7 visitors (10 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free