JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PERLIS. A LIFETIME OF HEALTHY SMILE
 
  HOME
  CARTA JABATAN
  LOKASI KAMI
  PROFIL JABATAN
  PROGRAM PERGIGIAN
  PENCAPAIAN NEGERI
  HUBUNGI KAMI
  PAUTAN KLINIK
  PAUTAN JABATAN
  KESIHATAN PERGIGIAN
  GALERI JABATAN
  UNDIAN
  AKTIVITI 2008
  BUKU PELAWAT
  JKN PERLIS
  LAMAN GOOGLE
PROGRAM PERGIGIAN

  
 PROGRAM PERGIGIAN NEGERI PERLIS

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

   Meliputi pemeriksaan dan diagnosa pesakit, khidmat nasihat kesihatan gigi, rawatan seperti cabutan, tampalan, pembedahan kecil, penskaleran dan rawatan pencegahan (aplikasi flourida, fissure sealant)

2. PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

   Perkhidmatan dikenali sebagai "Incremental Dental Care". Murid sekolah diberi rawatan yang sistematik dan komprehensif setiap tahun. Objektif adalah untuk memastikan semua murid mendapat rawatan setiap tahun dan mempunyai tahap kesihatan mulut yang baik. Rawatan perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

3. PERKHIDMATAN PERGIGIAN PRA SEKOLAH

   Sasaran utama adalah kepada murid tadika kerajaan (e.g. Kemas, JAIPS). Rawatan kepada murid di tadika swasta akan dilaksanakan setelah semua rawatan di tadika kerajaan selesai. Program ini adalah untuk menarik minat, membiasakan diri dengan suasana klinik gigi, dan wujudkan kesedaran di kalangan mereka. Aktiviti yang dilaksanakan ialah ceramah, latihan memberus gigi, role play dan rawatan.

4. PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERGIGIAN

   Kes yang dikendalikan adalah kes rujukan. Di Perlis perkhidmatan kepakaran merangkumi kepakaran Ortodontik dan Bedah Mulut. Kes yang memerlukan kepakaran yang lain akan dirujuk ke negeri berdekatan.

5. PERKHIDMATAN IBU MENGANDUNG

   Perkhidmatan ini diberikan kepada ibu mengandung. Ia bertujuan menyedarkan ibu berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan mulut semasa mengandung. Pengetahuan ini diharap dapat dikongsi dengan anak yang bakal lahir dan ahli keluarga yang lain.

6. PROMOSI & PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN

   Matlamat perkhidmatan ini adalah untuk meningkat taraf kesihatan mulut individu serta masyarakat. Ia merangkumi promosi kesihatan , kempen, khidmat masyarakat, rawatan pencegahan, pengesanan awal kanser, serta pemfloridaan bekalan air minuman.

7. PERKHIDMATAN SOKONGAN MAKMAL PERGIGIAN

   Ia disediakan untuk rawatan prostetik iaitu membuat gigi palsu, korona, aplians Ortodontik dan pembaikan peralatan pergigian.
 

 
   
Today, there have been 10 visitors (14 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free